Perangai Bokser Jerman

Perwatakan bokser adalah paling penting dan menuntut perhatian paling teliti. Ia terkenal sejak zaman dahulu kerana kecintaan dan kesetiaan besarnya terhadap tuan dan rumah tangganya. Ia tidak berbahaya dalam keluarga, tetapi dapat menjadi kurang percaya terhadap orang asing, berperangai riang dan mesra bermain, tetapi berani dan tekun apabila terangsang. Kecerdasan dan kerelaannya, kesopanan dan kebersihannya menjadikannya anjing keluarga yang sangat diingini dan pendamping ceria. Ia jiwa kejujuran dan kesetiaan, dan tidak pernah berpura-pura atau khianat walaupun pada usia tuanya.

— Piawaian baka Bokser AKC tahun 1938[22] [terjemahan]

Penampilan umum

Kemuliaan tinggi, berbulu licin, bersaiz sederhana, tubuh segi empat sama, tulang kuat dan otot jelas dan cukup terbentuk.

Ciri

Bersemangat, kuat, setia kepada pemilik dan keluarga, tetapi kurang percaya terhadap orang asing. Patuh, mesra bermain, tetapi dengan naluri penjagaan.

Perangai

Tenang, mudah patuh, tidak takut, berkeyakinan diri.

— 2021 The Kennel Club breed standard [terjemahan]

Bokser ialah baka pintar, bertenaga, dan suka bermain dan cenderung sangat baik dengan kanak-kanak.[4] Ia sabar dan bersemangat dengan kanak-kanak, tetapi juga bersikap pelindung, menjadikannya pilihan popular untuk keluarga.[4] Ia anjing aktif dan kuat yang memerlukan senaman mencukupi untuk mengelakkan tingkah laku berkaitan dengan kebosanan seperti pengunyahan, penggalian, atau penjilatan. Bokser telah memperoleh sedikit reputasi sebagai anjing "keras kepala", yang dapat dikaitkan dengan pelatihan kepatuhan tidak sesuai. Oleh sebab kecerdasannya dan ciri-ciri baka pekerjanya, pelatihan berdasarkan pembetulan kerap mempunyai kegunaan terhad. Bokser, seperti haiwan lain, biasanya berespons dengan lebih baik kepada teknik pengukuhan positif seperti pelatihan klik, iaitu pendekatan berdasarkan pelaziman operan dan behaviorisme, yang menawari anjing berkenaan kesempatan untuk berfikir secara bebas dan menyelesaikan masalah.[23][24] Tinjauan Stanley Coren tentang jurulatih kepatuhan, yang diringkaskan dalam buku beliau The Intelligence of Dogs, meletakkan bokser pada nombor 48—purata kecerdasan kerja/kepatuhan. Ramai yang pernah bekerja dengan bokser agak kuat membantah keputusan tinjauan Coren dan mengekalkan pendirian bahawa jurulatih mahir yang menggunakan kaedah berasaskan ganjaran akan mendapati bahawa bokser mempunyai kecerdasan dan keupayaan kerja yang jauh melebihi purata.[23][24][25]

Bokser menurut sifat bukan baka agresif atau ganas. Ia merupakan penjaga yang menurut naluri dan dapat menjadi sangat terikat dengan keluarganya. Seperti semua anjing, ia memerlukan sosialisasi betul.[26]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Bokser pada umumnya bersabar dengan anjing dan anak anjing yang lebih kecil, tetapi kesukaran dengan anjing dewasa lebih besar, terutamanya yang sejantina, mungkin hadir. Bokser pada umumnya lebih selesa dengan pendampingan, sama ada dalam bentuk manusia atau anjing. Ia sangat sabar dan bagus untuk diadopsi sebagai anjing keluarga kerana ia baik dengan kanak-kanak dan semua jenis orang.

  • Kepala bokser brindle
  • Kepala bokser brindle dengan leher putih
  • Seekor anak bokser perang kekuning-kuningan
  • Kepala bokser perang kekuning-kuningan

Rujukan

WikiPedia: Bokser Jerman http://users.pullman.com/lostriver/breeddata.htm https://www.thekennelclub.org.uk/breed-standards/w... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/#standard http://www.akc.org/news/the-most-popular-dog-breed... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/ https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/144g02-e... http://www.worldwideboxer.com/PAGE6.html https://web.archive.org/web/20061004125143/http://... https://web.archive.org/web/20170908134800/http://... https://web.archive.org/web/20060823081942/http://...